Monday, January 25, 2010
p&p math & sc dalam bahasa inggeris
Ppsmi mempunyai kebaikan dan keburukan masing-masing. kita perlu melihat kedua-dua situasi ini tanpa mempolitikkan isu ini. Ppsmi memberi kebaikan kepada para pelajar dari segi kebolehan untuk bertutur dan menulis dalam bahasa inggeris. namun, kebolehan ini hanya dapat dicedok oleh pelajar-pelajar yang agak pintar. Ini kerana pelajar-pelajar ini akan mempunyai motivasi yang tinggi untuk belajar. sebaliknya, jika pelajar yang agak lemah, mereka tidak akan mempunyai motivasi untuk belajar kerana terpaksa belajar matematik & sains dan bahasa inggeris sekaligus. seterusnya, bagi para guru yang sudah terbiasa mengajar dalam bahasa melayu, ini akan memberi kesukaran kepada mereka untuk belajar bahasa inggeris. Tuntasnya, projek ppsmi ini mendatangkan kesan positif dan negatifnya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam wa... thanx for the comment.
ReplyDeletePPSMI...
walau bagaimanapun, Alhamdulillah PPSMI akan dimansuhkan setahun lagi. Sebahagian besar daripada guru, ibu bapa dan pelajar menarik nafas lega dengan perkembangan baik ini..
Tujuan asal usaha PPSMI ini ialah untuk meningkatkan penguasaan BI pelajar. Tetapi ini telah dilakukan dengan meminggirkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu dan budaya tinggi. Penyelesaian ini seperti kata pepatah Melayu, lain yang luka lain yang dibebat. Tidak pernah dibuktikan di mana-mana di dunia, mengajar sains dan matematik boleh meningkatkan penguasaan bahasa. Pelaksanaan PPSMI di negara bekas jajahan British di Afrika dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Perancis di negara bekas jajahan Perancis di Afrika tidakpun memajukan negara tersebut, malah tinggal mundur dan miskin walaupun bahasa negara termaju digunakan. Hanya Amerika Syarikat, Britain, Australia dan New Zealand wajar melaksanakan PPSMI.
Malaysia bukan England, bukan Amerika, bukan India, bukan Taiwan, bukan Singapura. Malaysia adalah Malaysia yang dahulunya Persekutuan Tanah Melayu yang sejarahnya bermula sejak sebelum kerajaan Melayu Melaka lagi. Kembalikanlah bahasa Melayu dalam sistem pendidikan negara kita seperti sebelum tahun 2003. Kepemimpinan Melalui Teladan. Hormatilah keluhuran Perlembagaan dan kedaulatan undang-undang negara, (Rukun Negara ke-3 dan ke-4).
rakyat Malaysia lebih dan akan menghayati dalam ilmu pengetahuan sains dan matematik jika diberi peluang dan ruang menghayatinya dalam bahasa ibunda mereka...
wassalam
pada pendapat saya, penggunaan bahasa inggeris dalam matematik sains ada baik buruknya. cuma, kesan baiknya lebih banyak berbanding kesan buruknya. namun, kita tidak perlu risau kerana pada tahun 2012, penggunaan bahasa inggeris dalam matematik sains akan dimansuhkan
ReplyDeleteSalam
ReplyDeletesaudari kasuwani,
pada pendapat saya, proses PnP Matematik dan Sains dalam Bahasa Inggeris(BI)ada pro dan kontranya.
Dasar PPSMI yang diperkenalkan kira-kira 7 tahun dahulu adalah untuk mempertingkatkan tahap penguasaan pelajar dalam BI, memandangkan kepentingan BI pada masa ini tidak dapat dinafikan lagi pada masa kini.
Namun begitu, keberkesanan dasar PPSMI masih tidak dapat dilihat berdasarkan pencapaian murid dalam peperiksaan UPSR, PMR dan SPM. Pelaksanaan dasar PPSMI cuma mengundang pertelingkahan pelbagai pihak.
Justeru, Kementerian Pelajaran telah mengumumkan pemansuhan PPSMI dan subjek Matematik dan Sains akan kembali diajar dalam bahasa Malaysia. Pemansuhan ini disambut baik oleh pelbagai pihak memandangkan pencapaian pelajar Melayu dan bumiputra dalam Matematik dan Sains semakin merosot.
Pengajaran subjek Sains dan Matematik dalam BI diharap dapat mengembalikan penguasaan pelajar Melayu dan bumiputra dalam bidang Sains dan Matematik.